SPIES – adakah ia satu kursus?

SPIES adalah satu konsep dalam pembangunan modal insan yang dperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008.  Kerangka SPIES menjadi satu model pembangunan modal insan bagi diri, keluarga, organisasi dan masyarakat untuk Selangor.

SPIES menekankan prinsip dan nilai. Dalam setiap satu aspek SPIES, terdapat prinsip dan nilai-nilai yang perlu diketengahkan dalam program SPIES dan modul-modul yang dijalankan.

Dalam aspek S – Spiritual, antara prinsipnya ialah manusia dijadikan oleh Tuhan, manusia diperhatikan oleh Tuhan, manusia harus mengikut peraturan Tuhan, dan manusia akan balasan baik dan buruk dari Tuhan. Antara nilai dalam aspek S-Spiritual ini ialah taat, patuh, berbuat baik, berkebajikan, membantu, mencegah kejahatan, yakin (pada Tuhan yang menjadi pemberi rezki dan pelindung)

Begitu juga dengan setiap satu aspek seterusnya P-Physical, I-Intelektual, E-Emosi dan S-Sosial yang mempunyai prinsip yang digariskan dan nilai-nilai universal bersamanya.

SPIES bukan satu kursus. Apabila ia diletakkan dalam satu program yang diberi nama program SPIES, ia mengandungi beberapa modul yang dijalankan bagi membantu peserta memahami konsep SPIES dan bagaimana peserta mengaplikasikan atau menghayati konsep itu dalam kehidupan harian, samada di dalam diri,  dalam keluarga, di tempat kerja, dan dalam masyarakat.

Program SPIES mempunyai tahap-tahapnya yang tersendiri. Tahap pertama SPIES berfokus kepada membuat penjajaran minda, emosi, dan sikap serta tabiat. Ia telah dimulakan sejak Ogos 2008 selepas kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan negeri Selangor.

Penjajaran minda, emosi, dan sikap serta tabiat ini bertujuan pertamanya bagi meletakkan kembali manusia pada jalan hidup yang menjadikan Tuhan sebagai rujukan, Tuhan sebagai Pemberi rezki, Tuhan sebagai Penolong, Tuhan sebagai Pelindung, Tuhan sebagai Hakim,  dan Tuhan sebagai Pemberi balasan yang baik dan buruk.  Mewujudkan rasa hadirnya Tuhan (God’s consciousness) dalam diri peserta adalah pra-syarat dalam membangunkan manusia dan cara hidup mereka seterusnya. Apabila manusia melupakan Tuhan, maka berlakulah kejahatan dan kerosakan dalam masyarakat dan di atas muka bumi ini.

Mengapa banyak berlaku social disorder, social problem, dancrime? Mengapa insan rosak? Mengapa insan menjadi liabiliti dan tidak menjadi aset dalam pembangunan negara? Ia adalah kerana nilai diri yang telah rosak. Apabila nilai diri rosak, maka diri akan terkeluar dari landasan cara hidup yang benar; lantas berlaku kehidupan sosial yang tidak teratur, gejala sosial, dan jenayah.

Mengapa manusia mencuri, mengambil rasuah, bercerai, membuang anak, mengambil dadah, merogol, berzina, mabuk, dan seumpamanya? Ia berpunca dari pegangan yang longgar  dan hubungan yang rapuh dengan Tuhan. Ia tidak kuat berpaut pada nilai-nilai murni yang universal yang dianugerah oleh Tuhan.

Dalam program SPIES, peserta diminta memerhati dan berfikir tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka melalui modul yang dirancang. Berfikir akan membebaskan diri dari dibelenggu oleh kejumudan. Berfikir akan membebaskan diri dari menjadi pak turut atau “yes man.”.  Befikir akan membawa peserta untuk meneroka jalan penyelesaian kepada pelabagai masalah dan keranah kehidupan.

Tahap pertama program SPIES bukan mengajar manusia tentang teknik berfikir tetapi mengajak manusia berfikir tentang diri, hubungan diri dengan keluarga, hubungan diri dengan majikan, hubungan diri dengan masyarakat, hubungan diri dengan negara serta hubungan diri dengan Tuhan. Natijah dari berfikir tentang semua ini akan membawa kepada suasana pembaikan supaya persekitaran menjadi sihat, harmoni dan seimbang.

Berfikir adalah asas kepada pemerolehan ilmu. Membaca, menulis, mengira, dan mengamal atau membuat (aplikasi) bukan asas kepada ilmu, sebaliknya adalah kaedah dalam mencari dan mengumpul ilmu dan seterusnya mengukuhkan ilmu. Apakah orang yang buta huruf itu bermakna ia tidak boleh berfikir?

  • Ada orang yang tidak pandai membaca, tetapi  ia boleh berfikir dan berusaha dalam hidup.
  • Ada orang yang tidak panda mengira, tetapi ia boleh berfikir bagaimana mendidik dan mengasuh anak-anaknya.

Ilmu diperolehi selepas manusia melihat dan memerhati ‘alam di sekelilingnya, mengumpul maklumat, meneliti pola, simpton, tanda-tanda, trend, dan tabiat tentang sesuatu fenomena. Kesemua ini dikenali sebagai meneliti ‘ibarah.  Bertolak dari sini, maklumat itu diteliti dan dijadikan andaian atau hipotesis untuk diuji secara berulang dalam pelbagai konteks. Apabila maklumat itu sudah diuji dan disahkan, disokong dengan fakta, maka ia menjadi ‘ilmu. Apabila ‘ilmu ini di’amalkan maka orang itu akan menjadi ‘alim atau pakar dalam bidangnya. Tetapi menjadi seorang ‘alim tanpa tunduk dan patuh pada Tuhan atau ‘abid bukanlah seorang manusia yang bersyukur atau berterima kasih pada Tuhannya. Manusia yang ‘alim atau bijak atau pakar dalam bidang ‘ilmunya tetapi menolak kewujudan Tuhan, menentang hukum Tuhan, menolak kebenaran dari Tuhan adalah manusia yang sombong dan takabbur serta lupa daratan.

Keenam-enam perkataan yang dimulakan dengan huruf ‘ain ini disusun dalam grafik di bawah ini (Supyan Hussin, 2012). Sususan perkataan ini dibuat secara liner kerana ia adalah proses lazim dan saintifik dalam pemerolehan dan pembinaan ‘ilmu, iaitu langkah  no. 1 hingga no. 3, manakala langkah no. 4 ‘amal membawa seseorang kepada no. 5 iaitu ‘alim, atau pakar. Tetapi seseorang yang ‘alim atau pintar atau pakar dalam bidang ‘ilmunya serta tunduk pada Tuhan, maka jadilah dia seorang manusia yang kembali kepada fitrah iaitu kesemulajadian tujuan manusia dan ‘alam itu dicipta.

ain 1

Di dalam Islam, berfikir adalah satu bentuk ibadah. Allah memuji orang yang berfikir tentang ‘alam, tentang keagungan penciptaan yang dijadikan oleh Allah.

Slide1

Terdapat beberapa istilah yang digunakan di dalam al-Quran yang merujuk kepada makna berfikir, antaranya ialah: tafakkurta’akulta’abburtazakkur dan tadabbur. Malah  terdapat juga istilah asalnya sebagai pancaindera tetapi yang membawa umat Islam supaya berfikir, antaranya ialah basharanadzara dan sami’a.

tafakkur (memikirkan)

“Katakanlah : “Aku tidak mengatakan kepadamu, bahawa perbendaharaan Allah ada padaku. Dan tidak aku mengetahui perkara ghaib, dan aku tidak juga menngatakan bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepada ku”. Katakanlah: ”Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?” maka apakah kamu tidak memikirkannya? (Al-An’am : 50)

ta’akul (mengguna akal)

“Mengapakah kamu suruh orang lain berbuat baik, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu mengguna akal? ”.

(Al-Baqarah : 44)

ta’abbur (memerhati dengan teliti)

“…maka ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan”. (Al-Hasyr : 2)

tazakkur (mengambil peringatan)

“”Dan dia dibantah oleh kaumnya. Dia berkata” Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadaku.” Dan aku tidak takut kepada (malapetaka dari) sembahan yang kamu persekutukan dengan Allah kecuali di kala Tuhanku menghenddaki sesuautu (dari malapetaka) itu. Pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Maka apakah kamu tidak mengambil peringatan?” (Al-An’am : 80)

tadabbur (mempertimbangkan)

“Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalam al-Quran ” (An-Nisa’ : 82)

bashara (memperhatikan)

“Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa Kami menghalau (awan yang mengandungi) air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya menjadi makanan binatang ternakan dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan”. (As-Sajdah : 27)

nadzara (melihat)

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan”. (Al-Ghasyiah : 17)

sami’a (mendengar).

“dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, beberapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengar?”

(As-Sajdah : 26)

Ringkasnya, berfikir adalah asas kepada pemerolehan ‘ilmu. Di dalam Islam, ‘ilmu mempunyai hirakinya iaitu

  1. ‘Ilmu Wahyu
  2. ‘Ilmu Ilham (Laduni)
  3. ‘Ilmu intuisi
  4. ‘Ilmu ‘akal (empirikal, tangible, non-tangible)
  5. ‘Ilmu pancaindera

Dalam SPIES, satu aspek yang ditekankan ialah I-Intelektual.  Berfikir adalah aktiviti yang meningkatkan daya intelek pada diri seseorang. SPIES memberi perhatian betapa pentingnya nilai-nilai yang baik dalam aspek S-Spiritual untuk memelihara ‘akal yang menjadi tempat untuk manusia berfikir.

SPIES, di peringkat pertama, tidak mengajar bagaimana berfikir atau teknik berfikir secara khusus, tetapi mendidik peserta  menghargai dan menjaga ‘akal. Apabila rosak ‘akal, maka manusia menjadi kurang waras dan tidak siuman serta hilang perimbangan. Dalam membangunkan manusia, memuliara ‘akal adalah perkara kedua terpenting selepas memulihara agama.

Di dalam sosiologi Islam, ada 5 perkara yang mesti dipulihara dalam membangunkan manusia:

  1. Agama
  2. ‘Akal
  3. Keturunan
  4. Nyawa
  5. Harta

Aspek I-Intelek dalam SPIES mengajak peserta supaya menjauhkan diri dari amalan yang boleh merosakkan ‘akal atau melemahkan daya ingatan seperti minum arak, dadah, judi, fantasi, dan berhibur melampau. Kesemua aktiviti ini yang membawa kepada kerosakan dan kelemahan ‘akal yang akan menjadikan diri tidak produktif.

Di samping itu, SPIES mengajak peserta memulihara ‘akal dengan berhati-hati dalam urusan makan dan minum, misalnya

  1. Berhenti makan sebelum kenyang, tidak makan melampau, kerana perut adalah gedung penyakit
  2. Kurangkan makan daging merah tetapi lebihkan daging putih dan ikan
  3. Makan makanan yang ada unsur fiber seperti buah-buah, sayur, kurma
  4. Makan buah-buahandahulu sebelum menjamu makanan tengahari atau malam
  5. Banyakkan minum air putih dan elakkan atau kurangkan minum air bersoda (gas)
  6. Elakkan minum air yang dimasuki semut

Islam juga menekankan makan dan minum dari sumber yang halal, kerana makanan dan minuman dari sumber yang haram akan merosakkan kualiti diri seseorang dan ahli keluarganya untuk jangka panjang. ‘Akal yang menjadi tempat berfikir secra intelek dan jiwa juga akan rosak akibat memakan dan meminum sesuatu yang haram.

Aspek  I-Intelek dalam SPIES tidak berdiri sendiri tetapi bergantung antara satu sama lain dengan aspek lain dalam SPIES. Dalam ertika lain, dalam tahap pertama program SPIES, kepentingan menghargai ‘akal, memulihara ‘akal, dan meningkatkan kekuatan ‘akal bagi berfikir adalah lebih utama daripada kepentingan teknik berfikir, walaupun kedua-duanya penting.

Islam menggalakkan manusia berfikir untuk memperbaiki diri dan suasana. Ini dinamakan inovasi. Misalannya dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya:

  • Hari ini mesti lebih baik dari semalam, dan esok mesti lebih baik dari hari ini.
  • Allah kasih kepada yang ber’amal dan berusaha ke arah menyempurnakan ‘amalnya.

Kedua-dua hadis ini yang berumur lebih 1400 dahulu menyarankan manusia berfikir untuk memperbaiki sesuatu yang sedia ada, iaitu satu konsep “pembaikan berterusan” (continuous improvement). Dalam istilah Jepun disebut sebagai “kaizen.”

Proses memperbaiki diri dan suasana memerlukan inovasi dalam berfikir. Bagi mencipta inovasi, manusia perlu kepada teknik dan kaedah berfikir. Program SPIES di peringkat pertama ini tidak berfokus kepada kemahiran tetapi kepada penjajaran minda, emosi, sikap dan tabiat dalam gaya hidup.

Salah satu program yang berjaya membentuk cara manusia berfikir dan membentuk sikap dan tabiat manusia alah Program 5S (seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke) yang dicipta oleh orang Jepun. Ia adalah formula yang terhasil kerana inovasi dalam berfikir. 5S  (Sort, Systematize, Sweep, Standardize and Self-Discipline) adalahsatu kaedah pengurusan tetapi nilai pada kaedah 5S ini ialah consistency and transparency. Kedua-dua nilai inilah yang ditekankan oleh SPIES iaitu dalam aspek I-Intelek. Di dalam pengurusan kualiti, salah satu cabangnya ialah TQM, Total Quality Management, yang berkisar dalam isu pembaikan berterusan. Dengan adanya SOP atau Standard Operating Procedures dan ISO, maka lahirlah budaya  consistency and transparency. 

Di dalam Islam, Nabi s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis, yang maksudnya:

  • Allah kasih kepada orang yang beramal, walaupun sedikit, tetapi istiqamah dalam amalnya.

Ia membawa makna apabila seseorang melakukan kerja, walaupun sedikit, tetapi konsisten dalam kerjanya, maka ia akan menghasilkan manusia yang berkualiti. Di dalam Islam, 5 hukum iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus adalah satu sistem yang membawa nilai  consistency and transparency.  Rukun 13 dalam solat juga adalah satu sistem sejagat (ISO) dalam dunia Islam yang menekankan nilai  consistency and transparency. 

Dalam membawa anjakan paradigma melalui  penjajaran minda, emosi, sikap dan tabiat bagi menjalankan program pembangunan modal insan ini, ia memerlukan kelompok kritikal  (critical mass) dalam masyarakat. Kerajaan Selangor mensasarkan formula 5% daripada (5 juta) jumlah penduduk Selangor iaitu 250,00 orang bagi menjayakan anjakan paradigma pada tahap pertama SPIES ini. Sejak SPIES dijalankan Ogos 2008 hingga Disember 2013, jumlah penduduk Selangor yang telah mengikuti program SPIES tahap pertama ialah 125,522 orang. Jumlah program SPIES yang telah dijalankan ialah sebanyak 1,607 sejak Ogos 2008 hingga Disember 2013.

Sementara itu, program SPIES tahap kedua sudah pun berjalan yang melibatkan pegawai kerajaan negeri sahaja. Program SPIES tahap kedua berfokus kepada peningkatan kualiti diri dari sudut etos, iaitu ketrampilan, ketokohan dan keberadaan diri. Dalam program peringkat kedua ini, modul-modul yang menyumbang kepada peningkatan kualiti diri dijalankan. Ia termasuk modul kepimpinan, modul pembinaan imej, modul berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif, modul komunikasi interpersonal, modul pengucapan awam, modul penyediaan bahan persembahan, modul memimpin mesyuarat dan perbicangan, modul pengurusan strategik, modul pengurusan konflik, modul pengurusan perubahan, modul pengurusan aset, dan beberapa modul lain lagi.

Kerajaan Selangor mengharapkan rakyat Selangor khususnya akan menyambut baik program SPIES yang dijalankan oleh negeri Selangor kerana program SPIES tidak mendoktrinkan peserta dengan fahaman politik sempit atau memaksa seseorang peserta untuk memuja pemimpin atau manusia.

Posted in Falsafah SPIES | Leave a comment

Perasmian Konvensyen SPIES 2013 oleh YAB Menteri Besar Selangor

konvensyen spies

SHAH ALAM 20 FEB: Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor yang dimulakan sejak lima tahun lalu berjaya melatih 101,239 rakyat di negeri ini melalui 1,252 program yang dijalankan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program SPIES ini memberi sumbangan terhadap pembangunan di negeri ini kerana pelaburan di negeri Selangor meningkat dalam lima tahun kebelakangan ini.

Konvensyen Spies 01Menurut beliau, Selangor menduduki tangga pertama dengan sumbangan tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Selangor dengan menyumbang sebanyak 23 peratus.

“Saya sangat berterima-kasih dalam lima tahun penglibatan saudara-saudara semua, apa yang berlaku, Selangor membangun lebih bertambah dalam lima tahun ini.

“SPIES mengajar kita memberikan sumbangan dan sumbangan saudara adalah sebahagian daripada kejayaan kita,” katanya selepas merasmikan perlancaran Pembudayaan SPIES Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.

Program pembangunan modal insan ini dilaksanakan mengikut beberapa kategori seperti SPIES Remaja, SPIES Belia, SPIES Siswa, SPIES Penjawat Awam, SPIES Warga Pendidik, SPIES Kepimpinan Masyarakat, SPIES Keluarga, dan SPIES Profesional.

Konvensyen Spies 03Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, modul program ini dibentuk bersandarkan kepada falsafah SPIES yang dibangunkan oleh ahli akademik, ahli agamawan, dan perunding berpengalaman dalam bidang pendidikan.

“Modul SPIES menggunakan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi Islam dan modul ini menekankan nilai universal dan prinsip universal,” katanya dihadapan 700 duta SPIES dalam pelbagai bidang.

Katanya, program SPIES ini diharap akan menjadi satu model pembangunan insan bagi seluruh rakyat di negeri ini dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri yang aman, sejahtera dan berkebajikan.

Posted in Berita SPIES | Leave a comment

Konvensyen SPIES 19 Feb 2013


Selangor Darul EHSAN. Semua orang tahu gelaran Selangor ini. Bahkan semua orang yang menulis alamat di Selangor akan melengkapkan alamat itu dengan gelaran DARUL EHSAN itu. Tetapi apakah makna ehsan itu? Hj Baha salah seorang konsultan SPIES berseloroh dengan mengatakan ramai orang memahami perkataan ehsan sebagai ‘kasihan’ seperti ‘mohon belas ehsan Encik’.

Saya tersentak…..Patutlah ramai orang yang kurang produktif kerana mereka mengharapkan belah ehsan orang lain bagi melangsungkan kehidupan diri dan keluarganya.

Menyoroti sejarah SPIES.

Tanggal 24 Mac 2008 sangat bermakna. Itulah tarikh YB Dr Halimah dilantik menjadi EXCO Kerajaan Selangor. Inilah detik permulaan lanskap baru pembangunan insan di seluruh Selangor. Sejurus beliau dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor, beliau meneliti keadaan seluruh Selangor dengan cermat. Kesimpulan beliau, yang diluahkan dalam ucapan sulungnya dalam sidang dewan undangan negeri Selangor walaupun Selangor dikatakan negeri paling maju dan kaya di Malaysia, Selangor juga dibebani dengan masalah multi negatif R(ragut, rompak, rogol, rempit, rasuah…) selain dadah dll.
Bila diteliti punca utama masalah gejala sosial ini ialah kegagalan proses pendidikan. Proses pendidikan yang dilalui oleh pelajar tidak mampu membekalkannya dengan kemahiran yang cukup bagi menyelesaikan masalah dalam hidup.Pendidikan pra matang ini juga  gagal memenuhi keperluan hidupnya. Maka timbullah masalah kekurangan bekalan makanan/ tempat tinggal yang selesa dan kehilangan pedoman. tidak terarah menyebabkan wujud masyarakat yang kurang harmonis, mudah bertelagah dan bersifat negatif dan destruktif.

Pengamatan keadaan ini mencetuskan satu pencarian formula sukses bagi mengeluarkan belenggu masalah sosial yang semakin hari semakin meruncing.Alhamdulillah Mei 2008, YB Dr Halimah mendapat ilham formula pembangunan modal insan. Model yang holistik dan sepadu. Model yang mengambilkira semua unsur insan yakni jasad(‘physical’), ruh dan akal fikiran. Daripada unsur ini di fokuskan kepada 5 aspek potensi atau modal yang perlu dibangunkan secara terancang dan kaedah berkesan. Pendekatan pembangunan 5 modal asas insan ini perlulah bersifat berterusan dan sinergistik.Ia juga menggunakan metodologi yang mudah dan realistik. Siri Program Tingkat Diri (SPTD) UNTUK MODAL SPIRITUAL(S), ‘physical'(S), Intelek(I), Emosi(E) dan Sosial(S.P.I.E.S) mesti dirancang secara sedar dan agresif. Pelan Tindakan untuk hidup berkesan bagi memungkinkan mencapai kejayaan dunia dan akhirat MESTI dilakukan oleh setiap insan.Lebih lebih lagi kalau ia bergelar pemimpin mana-mana peringkat.

Alhamdulillah setelah bertarung hampir 5tahun, akhirnya telah tiba masanya untuk melancarkan program pembudayaan SPIES untuk rakyat Selangor yang melibatkan penjawam awam dan swasta, pendidik, ketua kampung/komuniti/ nazir masjid/surau, ahli majlis, siswa-siswi dan pelbagai kelompok dan kaum.Setelah mencecah lebih 101 ribu peserta kursus SPIES……KITA MAHU BUDAYA SPIES …budaya masyarakat yang EHSAN, yang cemerlang….kita mahu lahirkan INSAN YANG EHSAN, INSAN YANG EHSAN….untuk mencapai visi kerajaan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Aamiin….ya ALLAH 

Sumber: http://drhalimahali.blogspot.com/2013/02/konvensyen-dan-pelancaran-pembudayaan.html

Posted in Berita SPIES | Leave a comment

Kertas kerja berkaitan dengan SPIES

Kertas kerja

Posted in Berita SPIES | Leave a comment

Seminar SPIES bersama Usahawan Emas Power Gold

Slide1 Slide2 Slide3

http://ping.busuk.org/v/400459/seminar-spies-selangor.html

Posted in Galeri SPIES | Leave a comment

Selangor anjur Program Smart English dan Pintar Matematik SPIES

Posted in Video SPIES | Leave a comment

YB Manivannan Gowin – ucapan penutup program SPIES

Sunday, 29 September 2013

YB Manivannan Gowin menyampaikan ucapan penutup di hadapan kira-kira 100 orang peserta Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor yang berlangsung selama dua hari di Quality Hotel, Shah Alam.
Sebahagian peserta Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor sempat bermesra dengan melaungkan slogan “You Are Awesome” kepada YB Manivannan Gowin.

Posted in Galeri SPIES | Leave a comment