Kem Remaja SPIES Negeri Selangor 13 Julai 2009

Isnin,13/07/2009: Baru-baru ini bertempat di Nur Lembah Pangsung, Hulu Langat Selangor telah berlangsung Kem Remaja SPIES Negeri Selangor yang melibatkan peserta remaja berumur 13 hingga 17 tahun.
Mereka terdiri daripada pelbagai sekolah dari Dun Pandamaran Klang. Program yang dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula pada 11/07/2009 hingga 12/07/2009 telah dianjurkan dibawah Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Insan, Negeri Selangor dengan kerjasama perunding Smart Excel Consultant.
Program SPIES yang telah dirangka oleh kerajaan negeri Selangor ini adalah bermatlamatkan kearah pembangunan Spiritual, Physical, Intelektual, Emosional & Sosial golongan remaja.
Pelbagai aktiviti dijalankan selama 2 hari ini bersama peserta SPIES. Antara modul latihan yang telah dijalankan oleh pihak perunding adalah taklimat SPIES, modul potensiku , strategi minda hebat dengan Neuro Linguistic Programming (NLP), aktiviti berakit, latihan dalam kumpulan bagi mencipta lagu SPIES, LDK graf kehidupanku, modul kreatif bersama kumpulan, tahsinul ibadah dan tidak dilupakan pencerdasan spiritual pada malam berikutnya dengan modul “Cemerlang Bersama 5 K”.
Modul latihan terhadap peserta non-muslim juga telah dijalankan berteraskan kepada nilai-nilai moral dan etika. Peserta non-muslim memberikan respon yang baik dalam perbincangan berkaitan kepelbagaian agama dan kepercayaan, nilai kekeluargaan dan tidak dilupakan bertukar-tukar bahasa antara pelbagai kaum. Rata-rata peserta memberikan cadangan agar program seperti ini dapat diteruskan kepada remaja kerana remaja adalah pewaris agama, bangsa dan negara.
Tanpa remaja yang mempunyai kekuatan Spiritual, Physical, Intelektual, Emosional dan Social tidak mungkin sesebuah negara akan berada dilandasan yang cemerlang dimata dunia. Semoga impian negeri selangor untuk menjadi negeri contoh, aman dan berkebajikan melalui program pembangunan insan SPIES ini akan tercapai dengan cemerlang. Program SPIES Remaja Siri ke-2 ini tamat jam 03.00 petang.
This entry was posted in Galeri SPIES. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s