Soalan Popular

Berikut adalah soalan dan kritikan yang dilontarkan terhadap SPIES

Adakah SPIES sama dengan BTN?

  • SPIES adalah program kerajaan negeri Selangor; BTN adalah program kerajaan Persekutuan
  • SPIES tidak sama dengan BTN, walapun kedua-duanya adalah program pembangunan modal insan. SPIES adalah kerangka konsep yang menjadi asas dalam pembangunan modal insan. Manakala BTN ialah Biro Tata Negara. Apakah kerangka konsep BTN?
  • SPIES tidak mendoktrin peserta supaya terima bulat-bulat sesuatu ideologi atau pemikiran; tetapi spies berfokus kepada pembinaan individu yang holistik dan memanfaatkan kemampuan berfikir dalam membuat keputusan dengan mengambil kira elemen spiritual, fizikal, emosional dan sosial.
  • Program SPIES bukan bertujuan untuk mengambil alih BTN di peringkat peresekutuan; dan bukan saingan kepada BTN; tetapi SPIES  dibangunkan untuk rakyat Selangor.
  • Sila baca falsafah SPIES dalam blog ini untuk memahami lebih lanjut

Adakah SPIES ciplak ESQ? Apa beza SPIES dan ESQ?

  • SPIES adalah program kerajaan negeri Selangor dan dijalankan percuma untuk rakyat; ESQ adalah program yang dijalankan oleh sebuah syarikat dari luar negara, peserta dikenakan bayaran yang tinggi, dan syarikat berkenaan membuat keuntungan.
  • SPIES mempunyai agenda yang jelas dalam membina masyarakat cemerlang Selangor; ESQ bersifat korporat dan mempunyai agenda tersendiri/tersirat; malah ESQ membawa budaya dan pemikiran dari Indonesia yang sebahagiannya tidak sesuai dengan inspirasi Malaysia dan citarasa tempatan.
  • SPIES mempunyai kerangka konsep yang jelas, modul yang mempunyai objektif yang jelas dan merangkumi pelbagai kelompok masyarakat. ESQ lebih berfokus kepada orang dewasa dan orang Islam sahaja.
  • SPIES tidak mempromosi Islam Liberal; ESQ menonjolkan Islam Liberal dan ESQ telah diharamkan oleh JAKIM.
  • http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:qNcSJR8E5jQJ:esqsesat.blogspot.com/+esqsesat.blogspot.com&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=mySPIES
  • http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/07/esq-sesat-ini-bukti2-sebab2nya.html
  • ESQberfokus kepada pembinaan saksiyyah individu, keluarga dan masyarakat; ESQ berfokus kepada pembinaan saksiyah indvidu.
  • Aktiviti dalam program SPIES dikendalikan oleh konsultan mengikut kreativiti masing-masing asalkan mencapai objektif. Jika ada konsultan yang pernah mengikuti program ESQ dan mahu mempratikan sebahagian teknik atau aktiviti ESQ dalam program SPIES, ianya tidak menjadi kesalahan selagi mana ia tidak merosakkan kepercayaan agama peserta dan tidak merosakkan akhlak mereka.

Adakah SPIES menentang konsep 1 Malaysia?

  • SPIES tidak menentang konsep 1 Malaysia. Malah SPIES mempromosi semangat muhibbah antara kaum dan agama. SPIES tidak dijalankan hanya untuk orang Melayu sahaja atau orang Islam sahaja.
  • Dalam program SPIES, terdapat program yang lebih umum tetapi diolah sesuai dengan keperluan semua bangsa dan agama.

Apakah SPIES menentang konsep perkauman?

  • SPIES menekankan pentingnya nilai-nilai murni sejagat seperti hormat menghormati, prihatin, toleransi, dan integriti dihayati oleh rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya.  SPIES tidak mengajar peserta benci antara satu sama lain samada dari sudut bangsa, agama, atau bahasa.
  • SPIES tidak mendoktrin peserta untuk sokong satu-satu parti politik. SPIES menanam semangat patriotik kepada negeri dan negara. Rakyat harus menerima dan bekerjasama dengan kerajaan semasa (government of the day) bukan dengan parti politik dan meletakkan kepentingan umum lebih tinggi dari kepentingan parti atau politik.

Apakah SPIES mengajar peserta benci BN?

  • SPIES mengajar peserta supaya hayati nilai-nilai murni sejagat seperti jujur, ikhlas, bertanggungjawab, prinhatin, tolong menolong, amanah, hormat menghormati dan prinsip-prinsip hidup secara aman damai.
  • SPIES mengajar peserta supaya jaga kesihatan dan keselamatan diri, sayang pada ilmu, dan meningkatkan kapisiti diri.
  • SPIES mengajar peserta supaya mengelakkan diri daripada dadah, arak, rokok, dan pelacuran serta mendidik peserta menjauhkan diri daripada rasuah; seterusnya SPIES mendidik supaya jangan benci antara kaum dan agama, jangan pecah amanah, jangan khianat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, jangan seleweng harta rakyat, dan jangan menindas orang lemah.

Apakah SPIES mahu mengIslamkan orang bukan Islam?

  • SPIES mempunyai kerangka konsep yang universal. SPIES dibangunkan dengan mengambilkira pelbagai agama, bangsa, keturunan, dan bahasa. Nilai-nilai yang dikemukakan oleh SPIES adalah nilai-nilai murni sejagat.
  • Dalam pelaksanaan program SPIES, konsultan telah dilatih dalam TOT dan diingatkan dari masa ke semasa supaya mengendalikan pengisian program SPIES dengan baik  dan kreatif mengikut kesesuaian latarbelakang peserta dan hendaklah elakkan pendekatan bersifat stereotaip atau prejudis.
  • Sekretariat SPIES sentiasa memantau pelaksanaan program SPIES yang dijalankan oleh konsultan, dan tindakan tegas telah dan akan diambil ke atas konsultan yang gagal memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Sekretariat SPIES.

Apakah benar konsultan SPIES dilantik tanpa mengikut prosidur? Apakah benar pelantikan dibuat atas dasar pilih kasih?

  • Perlantikan syarikat atau konsultan untuk mengendalikan program SPIES digariskan seperti berikut.
  • Semua konsultan yang dilantik untuk mengendalikan SPIES mesti memenuhi 3 syarat asas: berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Perniagaan, ROC (ada sijil sebagai bukti) dalam bidang latihan, berdaftar dengan Kementerian Kewangan (ada sijil sebagai bukti), dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun (pengalaman). Terdapat banayak syarikat yang  berminat tetapi gagal memenuhi kriteria asas ini.
  • Semua konsultan yang disenarai pendek dipanggil untuk ditemubual oleh Sekretariat. Jurulatih utama dikehendaki hadir sebagai syarat kelulusan temubual. Syarikat yang menghantar kerani atau pembantu atau wakil dianggap tidak serius, dan oleh itu tidak layak untuk mengendalikan program SPIES. Terdapat banyak syarikat yang gagal.
  • Setelah lulus temubual, syarikat konsultan dikehendaki hadir TOT (3 hari 2 malam) bagi memahami konsep SPIES dan modul SPIES serta berkongsi pengalaman dan berkenalan antara satu sama lain. Syarikat yang gagal menghantar jurulatih utama dianggap  tidak serius dan oleh itu tidak layak untuk mengendalikan program SPIES. Terdapat beberapa syarikat yang gagal.
  • Hanya setelah syarikat konsultan melalui TOT barulah syarikat berkenaan dilantik untuk mengendalikan program SPIES.
  • Dalam pada itu, terdapat syarat perjanjian yang perlu diikuti dan ditandatangani oleh syarikat yang dilantik. Antara lain sekiranya syarikat berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat pelaksanaan, berdasarkan kepada pemantauan fizikal dan pemantauan laporan penilaian yang dijalankan oleh Sekretariat, syarikat boleh diberi amaran dahulu dan/atau dibatalkan kontrak mereka. Terdapat syarikat yang telah pun dibatalkan kontrak mereka kerana gagal memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian.
  • SPIES menekankan ketelusan dan integriti dalam proses pelantikan konsultan dan dalam pelaksanaan programnya.
This entry was posted in Soalan popular. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s