Falsafah SPIES

SPIES adalah singkatan atau akronim kepada perkataan

  • spiritual
  • physical (fizikal)
  • intelek
  • emosi
  • sosial

Kelima-lima perkataan ini sudah diterima dari segi sebutan dan ejaan dalam bahasa Melayu kecuali ejaan untuk ‘phyiscal’.

Ia disusun begitu rupa dan menjadi satu jenama yang amat sesuai dan rasional. Mengapa? Ikuti perbincangan seterusnya.

Semua agama percaya bahawa kehidupan ini bermula dengan alam roh atau spiritual kecuali orang yang tidak percaya kepada wujudnya Tuhan. Maka S-Spiritual menjadi asas kepada pembangunan sahsiyah diri atau modal insan. Oleh itu S-Spiritual berada dihadapan sekali dalam ejaan jenama SPIES ini. Di dalam logo SPIES,  S-Spiritual diletakkan di bahagian bawah sekali kerana ia adalah asas dan tapak atau dasar yang menampung dan mendukung 4 elemen seterusnya. Lihat maksud logo SPIES https://spiesselangor.wordpress.com/logo-spies/

S-Spiritual juga menjadi asas kepada pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan diri individu. Dalam S-Spiritual, terdapat nilai-nilai murni yang membentuk akhlak, moral, dan etika kehidupan dalam diri dan masyarakat. Apabila nilai-nilai murni dalam diri kuat dan padu, dan disokong oleh elemen lain iaitu P-Physical, I-Intelek , E-Emosi dan S-Sosial, maka individu ini akan mendorong seseorang itu untuk menjadi individu cemerlang dan akan membentuk masyarakat yang cemerlang.

Roh adalah milik Tuhan. Ia dipinjamkan ke dalam tubuh fizikal manusia supaya manusia itu boleh bernyawa dan hidup di dunia ini. Oleh itu kita percaya P-Physical yang baik dan sihat, bertunjangkan kepada S-Spiritual yang kukuh, menjadikan seseorang itu menghargai kesihatan dan keselamatan dirinya serta fizikal orang sekelilingnya.

Individu yang sihat akan menjadi seorang yang produktif dan menjadi aset modal insan untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Selangor. Selangor inginkan rakyat yang mencegah diri dari penyakit kronik, menjauhi diri dari terlibat dengan dadah, arak dan apa sahaja sumber yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan diri, agar tenaga manusia di Selangor dapat di manfaatkan oleh masyarakat dan kerajaan Selangor. Apakah pengisian program yang boleh membantu dalam meningkatkan kesejahteraan P-Physical yang baik dalam kalangan rakyat?

I-Intelek adalah satu kurniaan Tuhan yang diberikan kepada jasad manusia. Jasad memerlukan daya intelek yang baik dan jika disokong oleh S-Spiritual yang baik dan P-Physical yang sejahtera, maka individu Selangor bukan sahaja tahu menghargai ilmu, tetapi ia akan hargai orang yang ada ilmu, suka kepada mencari ilmu, menyokong aktiviti ilmuan, malah akan menggunakan daya intelektualnya menyumbang kepada perkembangan ilmu dan kemajuan negeri Selangor yang bercita-cita menjadi HUB ILMU dan HUB ILMUAN di rantau ini. Apakah pengisian program yang boleh membantu dalam memeriahkan elemen I-Intelektual yang hebat dalam kalangan rakyat?

I-Intelek harus mendahului E-Emosi kerana ia dapat memandu jasad manusia untuk menjalani kehidupan. E-Emosi yang stabil memerlukan S-Spiritual yang kukuh, P-Physical yang sihat, dan daya I-Intelek yang tinggi. Apabila E-Emosi rakyat stabil, tenang, dan sejahtera, rakyat dapat menjalani hidup yang lebih baik dan pastinya dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Selangor. E-Emosi yang tidak stabil boleh membawa kepada kadar perceraian, kes dera ahli keluarga, kes bunuh, kes ragut, despresi, dan sikap negatif. Apakah pengisian program yang boleh membantu dalam membina E-Emosi yang stabil dalam kalangan rakyat?

S-Sosial adalah manifestasi daripada elemen S-Spiritual, P-Physical, I-Intelek dan E-Emosi. Kalau empat elemen ini baik, maka natijahnya baik dan produktif dalam hubungan sosial dalam masyarakat. Sebaliknya apabila S-Spiritual individu tidak kuat, P-Physical tidak sihat, I-Intelek yang rendah dan E-Emosi yang tidak stabil, maka isu dan gejala sosial akan berleluasa dan menjadikan individu Selangor sebagai liabliti dan bukan aset yang baik untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Selangor. Apakah pengisian program yang boleh membantu dalam membina hubungan S-Sosial yang baik dalam kalangan rakyat?

Dengan urutan elemen ini, maka ejaan SPIES adalah amat sesuai dan rasional. Ia tidak boleh ditulis dalam bahasa Melayu seperti JERI (jasmani, emosi, rohani, intelektual) yang tidak mempunyai rasional yang kukuh dari segi susunan huruf dan perkataannya kecuali mudah disebut.Tambahan pula JERI tidak lengkap dalam program pembangunan modal insan apabila ia tidak ada elemen S-Sosial.

Kesimpulannya, SPIES terbina dengan mengambilkira fitrah kejadian manusia dan pertumbuhan serta perkembangan individu manusia. Biarpun jenama SPIES berbunyi bahasa Inggeris, tetapi apa yang lebih penting ialah falsafah dan pengisiannya. SPIES menekankan kepentingan kesedaran diri dan tanggungjawab diri dan bukan memaksa atau mendoktrin peserta ke arah satu haluan ideologi.

This entry was posted in Falsafah SPIES. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s