SPIES Remaja Surau dan Perarakan Sempena Maulidur Rasul

6.2.12 Kpg Delek, KLANG

Surau Hj Abbas ambil langkah proaktif dan kreatif. Untuk memulakan program Alumni SPIES Remaja anjuran mereka sebagai langkah lanjutan kepada program SPIES ASAS Remaja pada Disember lepas, mereka bekerjasama dengan Masjid Nurul Amin dan surau-surau lain dibawah kariah masjid Nurul Amin dan JKKK Kpg Delek sendiri menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur rasul 1433H.

Justeru program alumni SPIES bermula dengan sarapan pagi, sedikit taklimat perarakan dan kemudian permulaan perarakan daripada surau Hj Abbas ke PASTI IKHWAN dan pusing balik ke surau Hj Abbas.

Alhamdulillah, perarakan disertai oleh semua peserta alumni SPIES lelaki dan perempuan serta kumpulan HELWA DUN Selat Klang, surau dan masjid serta orang ramai.

Anak-anak muda yang bersalawat kepada Nabi saw sepanjang jalan dididik untuk membasahkan bibir dengan salawat kepada Nabi saw.

Perasmian disempurnakan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan modal insan Kerajaan Selangor yang juga merupakan pengasas SPIES, Model pembangunan insan Selangor. Beliua juga merupakan ADUN Selat Klang yang juga mengasaskan gagasan Mini Serambi Mekah di Kampung Delek.

Turu berarak bersama Tuan Nazir masjid Nurul Amin, Ketua Kampung Kpg Delek, PA ADUN Selat Klang merangkap Nazir Masjid Al Muttaqin Sg Udang, pemimpin masyarakat setempat serta Pengerusi dan AJK Surau Hj Abbas.

Perarakan ini bersifat fizikal. Idea berarak daripada surau dan kembali kepada surau adalah simbolik kepada peserta alumni SPIES yang menekankan pembangunan spiritual yang menjadi ‘core business’ surau dan masjid. Anak-anak perlu dilatih secara praktikal. Perarakan beradab yang diketuai oleh pemimpin masyarakat akan dilihat oleh golongan muda sebagai sokongan moral kepada mereka yang mahu menjadi anak yang baik. Untuk melahirkan ahli masyarakat yang baik, pemimpin masyarakat setempat mesti proaktif dalam membentuk dan mencorak remaja yang bak ‘kain putih’. Corak yang kemas dan cantik sudah tentu akan menghasilkan remaja belia yang indah budi pekerti dan mampu menjelmakan Islam dalam dirinya.

Pemimpin masjid dan surau perlu mewujudkan iklim Rabbani untuk mendorong pertumbuhan dan perkembangan insan kamil.
Program susulan yang memperatkan silaturrahim, mempamerkan kasih sayang daripada golongan orang tua   dan pemimpin kepada golongan pelapis ini diharapkan akan menyuntik vitamin semangat mahu menjadi individu.Masyarakat hanya boleh jadi cemerlang sekiranya segala langkah-langkah kritikal untuk menjayakannya diambil.

Di antaranya ialah program sesuai yang dirancang rapi menurut dengan relevan dan ukuran tahap kelompok insan yang mahu dibentuk ini.

 

This entry was posted in Galeri SPIES. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s