522097_453279281415091_2105936196_nTali Air 2, Ban 3, 31 Mac 2013:   Karnival Baktisiswa DUN Sungai Burong yang berlangsung selama 3 hari telah berjaya menarik  minat golongan muda  dikalangan anak tempatan dan sekitar Tanjong Karang hari ini telah di tutup oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad.

Dalam ucapan perasmian penutupnya, Dr Dzulkifly menyebut, golongan mahasiswa dan muda dalah merupakan generasi pelapis yang bakal memimpin Negara pada masa hadapan. Oleh itu mereka perlulah menjadi generasi yang berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat.

Pelbagai program pembinaan sakhsiyah kepada golongan belia telah diwujudkan oleh pihak Kerajaan khususnya Negeri Selangor seperti program SPIES yang terletak dibawah tanggungjawab, Dr Hajah Halimah Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor sejak tahun 2008.
603996_453275104748842_831992884_n
SPIES   telah merangka pelbagai modul bagi membangunkan modal insan supaya rakyat Negeri Selangor khususnya golongan belia untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. SPIES adalah singkatan daripada perkataan Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosi Dan Sosial, Kata Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu lagi yang mewakili Dr Halimah Ali.

Bagi melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik atau menyeluruh, katanya,  ia perlu kepada gabungan pembangunan lima unsur  kecerdasan ini (spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial). Rakyat yang lemah rohani dan jasmaninya pasti tidak boleh memajukan negara, malah boleh  menyebabkan bangsa dan negeri kita hancur serta mudah dijajah.

482842_453271141415905_781312192_nProgram yang turut melibatkan penyertaan daripada mahasiswa dan siswi Institut Pengajian Awam dan Swasta (IPTA/S) itu telah menganjurkan beberapa  pertandingan seperti Futsal, Sepak Takraw, Badminton bagi acara “outdoor”. Manakala bagi acara “Indoor” pula acara yang disediakan ialah permainan dam, dam ular dan Chese.

Bagi pelajar-pelajar IPTA/S pula mereka terlibat dalam program gunting rambut dan solekan percuma, memasak dan program menukar minyak hitam motor bagi lelaki.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang  dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit 2 Sungai Burong, Saipuddin Ismail.

http://sgburong.wordpress.com/2013/04/01/spies-menyediakan-pelbagai-modul-untuk-pembangunan-modal-insan-negeri-selangor/

This entry was posted in Galeri SPIES. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s