Logo SPIES

Logo ini mempunyai maknanya yang tersendiri.

S-Spiritual berada dibahagian bawah melambangkan ia menjadi asas dan akar tunjang yang menampung elemen lain di atasnya. Kalau kuat asas dan dan akarnya, maka kuatlah elemen di atasnya; sebaliknya kalau lemah asas dan akarnya, maka lemah dan rapuhlah elemen di atasnya. Warna hijau melambangkan kesuburan dan kesegaran.

P-Physical berada di sebelah kiri dan berada pada tempat kedua dalam ejaan jenama SPIES sepertimana yang telah dijelaskan dalam huraian falsafah SPIES. Warna merah ada kaitan dengan darah yang mengalir;  ia menunjukkan kesihatan dan dinamika diri individu.

I-Intelek berada pada tempat ketiga dalam ejaaan jenama SPIES. Di dalam logo ini ia berada di bahagian kanan yang mengapit E-Emosi bersama I-Intelek . Warna jingga melambangkan warna matahari yang sentiasa memancar dan memberi sumber kekuatan dan ilham kepada kehidupan. Warna matahari menjadi penyuluh dalam kegelapan.

E-Emosi berada ditengah-tengah logo menunjukkan betapa pentingnya kestabilan diri individu dalam menggunakan elemen P-Physical dan I-Intelek. E-Emosi harus terkawal dan disokong dengan baik. Warna ungu melambangkan kasih sayang, prihatin, dan bertimbangrasa.

S-Sosial berada di atas sekali sebagai manifestasi kepada adunan empat elemen di bawah. Kalau mana-mana elemen di bawah lemah, rosak, dan tidak stabil, tidak bermaya, maka elemen S-Sosial di atas akan kelihatan lemah dan bersamalah. Sebaliknya jika elemen di bawah itu baik, maka akan kelihatan kecemerlangan individu dam keharmonian masyarakat. Warna biru air menunjukkan awan biru yang tenang, harmoni, sihat, dan ceria.

Kesemua elemen ini dirangkumkan dalam satu bulatan bagi menunjukkan elemen-elemen ini tidak terpisah dan sentiasa bergantung antara satu sama lain. Warna kuning melambangkan ikatan yang menghubungkaitkan kesemua elemen tersebut.  Bulatan menunjukkan kesepaduan elemen dan hati individu masyarakat bersatu dan bulat untuk bemuafakat membina masyarakat cemerlang. Setiap elemen saling sokong menyokong dan bantu membantu. Apabila ini berlaku, maka barulah akan terbina suasana yang berintegriti dan mendorong ke arah pembangunan masyarakat cemerlang.

Ungkapan SPIES di bahagian bawah logo mendukung elemen-elemen tersebut bagi menghasilkan ‘masyarakat cemerlang’ yang diletakkan di bahagian atas logo.

Logo ini dan jenama SPIES telah didaftarkan sebagai “Registered”  dan menjadi milik kerajaan negeri Selangor. Penggunaan Logo SPIES tanpa izin atau salahguna logo ini adalah salah disisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.